VISI
SMKA(P)Almashoor menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2015.
MISI SEKOLAH
Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendekatan holistik bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MOTO SMKA
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN SMKA (P) ALMASHOOR
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sek. Men. Keb. Agama (P) Almashoor dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
- Memastikan murid mencapai prestasi akademik yang tinggi
- Memperkembang potensi murid dalam kokurikulum ke tahap maksimum.
- Membentuk akhlak mahmudah bagi melahirkan individu muslim yang memiliki ciri-ciri Ummatan Wasatan.
- Mengutamakan keselamatan, kebajikan dan layanan adil kepada semua.
- mewujudkan hubungan mesra dan berkesan antara pihak sekolah dengan ibubapa dan komuniti.
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkesan.
No comments:
Post a Comment