assalam..

snow

snow ball effact

love sparkling

sparkling

Friday, 16 March 2012

--CoReTaN TeNtAnG PenGeTua SMKA(P)Almashoor--


@BIODATA DAN WAWASAN PUAN SOLEHAH AWANG (PENGETUA)@

Puan Solehah Awang dilahirkan pada 2 September 1957 di Kg. Kubang Julai, Tokai, Kedah. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Rambai kemudian ke Sek.Men.Agama Simpang Empat dan Maktab Mahmud. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Syariah Islamiah. Suaminya merupakan pengetua SMKA Nibong Tebal. Beliau mempunyai 4 cahaya mata.
Beliau memulakan khidmat sebagai guru di SMK Panglima Bukit Gantang (1981-1985) kemudian SMK Ibrahim (1986-1998) kemudian SMK Dato Bijaya, Sg.Petani (1999-2000) kemudian di SMK Kg. Nangka, Sarawak ( 2000-2001) kemudian SMK Tunku Abd.Rahman (2001-2002), SMK Cik Alwi (2002-2004) kemudian di SMK Syekh Barakbah (2005-2007), Jawi, P.Pinang sebagai PK Pentadbiran dan seterusnya menjawat pengetua di SMKA(P) AlMashoor pada Ogos tahun 2007.

Persepsi awal tentang sekolah ini ianya ialah sebuah sekolah yang berjenama, mempunyai pelajar dan guru yang cemerlang serta mampu untuk mencapai kecemerlangan semua bidang. Persepsi beliau yang terkini ialah masih lagi sama seperti persepsi awal beliau terutamanya dari segi ciri-ciri dan budaya yang terdapat di sini.

Wawasan dan sasaran beliau ialah untuk meletakkan nama sekolah di dalam kelompok sepuluh yang teratas di dalam negara. Untuk menjalankan sasaran ini,beliau ingin memantapkan pembelajaran pelajar dengan mengadakan 'head count' iaitu mengenalpasti pelajar yang lemah dan membantu mereka mencapai sasaran di dalam PMR, SPM dan STPM. Pelajar yang berpotensi akan dibimbing oleh guru-guru yang lain. Selain itu juga, beliau juga ingin mewujudkan sistem jaringan maklumat yang lebih efektif.
Beliau berharap agar sekolah ini dapat mengekalkan identiti tersendiri, menjadi model kepada sekolah yang lain dan dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

*GuRuKu YanG SpOrtInG*


~SENARAI DAN WAJAH-WAJAH CIKGU YANG TERKINI~



               

Dari Kiri bawah 1 .Che Faridah Maina(Guru Kanan Teknik dan Vokasional ) 2 . Norenjah bt Abdul Rahman ( Guru Kanan Matematil ) 3. Mazanah bt. Yusoff ( Guru Kanan Bahasa )4 .Khairana bt. Zain (PK Pentadbiran ) 5. Solehah b Awang (Pengetua)6.Che Maznah bt. Jaafar( PK HEM )7 . Rosmaizar bt Mokhtar ( Ketua Panitia Sains )8. Zainab bt. Ibrahim ( Penyelaras PSS ) 9. Nor Aeida Ab. Wahid ( Ketua Panitia B. Arab 10. Adnan bin Yaakob (Guru Kanan Kemanusiaan ) 10 .Sakinah Ahmad Pen.Islam )11 . Faridah Rahmat 12 .Nor Azah Bidi 13. Siti Nazura Bt Dzulkefli 14 .Norshila Binti Mhd. Shano 15 .Zulaikha Jusof 16 .Ahmad Faisol Ibrahim ( Ketua Panitia PJK ) 17. Chong Chin Foong 18 . Ayob bin Hanapi ( Ketua Panitia   19. Hasrul Hashim 20 . Mustaza b. Abdullah 21. Muhammad Baharom Hj Sidek(Ketua Panitia Matematik) 21.Zainuryati Zakaria 22.Norhayati bt. Azman 23.NorSyapinah Bt Ahmad 24. Nor Harlina Abd Jalil 25 . Zaharah Tarim 26 .Derani Tan Bung Tan( Ketua Panitia Sejarah) 27 . Abirami Maniam 28. Chng Paik Suan 29 . Rosmalina Bt Wan Ibrahim 30. (Guru Kaunselor) 31 . Norhani Othman 32. Nik Rafik Sani Nik Abd Rahman 33.Mohd Ridhwan B. Muhamad Sharif 34. Amalina Yusoff 35. Zaidah Aluwi 36. Nor Hafiza Yusoff 37 . Nor Hashimah Syafie 38 . Nurolfadhilah Bt Ishak 39. Maizatul Aniza bt. Abd Mulok 40 . Nor Aeda 41. Zahariah 42 .Fuziah Bt. Yusuf 43 .Jalilah Bt. Shaik Abdullah 44 . Rashilah Ab. Rashid 45. Paramesvari Krishnan 46. Kamini Sukumaran 47. Abirami A/P Maniam


~BARISAN STAF-STAF SOKONGAN~



Dari kiri 1.Che Gayah Binti Salim 2. Rasidah Bee Binti Koya 2. 3. Ku Mazwin Binti Ku Aman 4.Azuwan Binti Ismail 5. Suzila Binti Saad 6.Siti Zaliha Binti Mohamad 7.Rukumany Devi A/P Kanagasabai 8. Jamnah Bee Binti Ismail 9. Raimah Bee Hyder 10. Siti Molek bt. Zaini 11. Shaharoni ( Pemandu ) 12. Roshan Ashaari 13.Karuppiah A/L V. Ganapathy .



Thursday, 15 March 2012

*~TeNtAnG AsRaMa SMKA(P)AlmaShOoR~*

GamBaR AsRaMa:-




 PETA LOKASI 1. NAMA SEKOLAH : SEK.MEN.KEB.AGAMA(P) ALMASHOOR,P.PINANG
2. ALAMAT : MEDAN LIM CHENG TEIK 10250 PULAU PINANG
3. KOD SEKOLAH : PRA 1002
4. LOKASI : BANDAR
5. DAERAH : DAERAH TIMUR LAUT
6. PPD : PPD PULAU (TIMUR LAUT)
7. TELEFON : 04-2274363 (SEKOLAH) 04-2268663 (ASRAMA)
8. FAX : 04-2274363 (SEKOLAH)
9. JENIS ASRAMA : ASRAMA HARIAN
10. PKAH : 3 (CEMERLANG)
11. KAPASITI ASRAMA (L/P) : 210 PEREMPUAN 
12. KEMUDAHAN ASRAMA : a) Blok Asrama  b) Bilik Asrama  c) Bilik PREP  d) Bilik Rawatan   e) Bilik Rehat   f) Pejabat Penyelia   g) Surau   h) Bilik Stor  i) Tandas   j) Bilik Mandi   k) Bilik Basuhan  l) Tandas Septik   m) Fire Hose rill   n) Rumah Warden   o) Dewan Makan  
13. Anugerah Asrama : Asrama Lima Mutiara (Tahun 2002-2011) 
14. LATAR BELAKANG ASRAMA:
i. Sejarah Pembukaan Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar 

15.Keistimewaan Asrama :

Asrama terletak jauh dari kawasan sekolah lebih kurang 2 kilometer. Para pelajar terpaksa berulangalik menaiki bas ke sekolah dan 'stayback' untuk kegiatan kokorikulum yang diadakan di sekolah. Asrama mempunyai satu padang yang terletak di sebelah blok lama.Pada setiap pagi Sabtu atau Ahad,pelajar asrama dikehendaki riadah di padang di hadapan asrama. Asrama mempuyai aktiviti dan program tersendiri untuk membimbing pelajar ke arah cemerlang akademik dan syahsiah. Antaranya Tuisyen oleh guru berpengalaman, Motivasi, Majlis kerohanian seperti Qiamullail, kelas Kemahiran Fardu Ain dan Al-Quran dan sebagainya. 

"MaKsUd Di seBaLik LenCaNa SekOlaH"

^
|


 Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”. Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema ini.

1. Simbol buku
: mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi kejayaan. 
2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang cerah. Juga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 
3. Pohon padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang tabah jika kita ingin mencapai kejayaan.
4. Bulan sabit & bintang : lambang agama Islam 
5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai sekolah agama. 
6. Warna : KuningWarna DiRaja; lambang kemuliaan
                   Merah bersemangat waja
                     Putihmotif niat yang suci
                    Hijauwarna keislaman.                            

Wednesday, 14 March 2012

~OuR ViSi AnD MiSi SekOlaH 2012~

VISI
SMKA(P)Almashoor menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2015.

 MISI SEKOLAH

  Memberi pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan terbilang melalui pendekatan holistik bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 MOTO SMKA
   Beriman, Berilmu & Beramal

 SLOGAN SMKA (P) ALMASHOOR 
   Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak.


   PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sek. Men. Keb. Agama (P) Almashoor dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  • Memastikan murid mencapai prestasi akademik yang tinggi
  • Memperkembang potensi murid dalam kokurikulum ke tahap maksimum.
  • Membentuk akhlak mahmudah bagi melahirkan individu muslim yang memiliki ciri-ciri Ummatan Wasatan.
  • Mengutamakan keselamatan, kebajikan dan layanan adil kepada semua.
  • mewujudkan hubungan mesra dan berkesan antara pihak sekolah dengan ibubapa dan komuniti.
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang cekap, sistematik dan berkesan.


PaNoRaMa RiNgKaS SMKA(P)AlMasHoOr:-


I'AM THE MAP!!


SMKA(P)Almashoor terletak di Medan Lim Cheng Teik berhampiran Jalan Burma,Georgetown di dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang,Malaysia.Manakala asramanya terletak di Jalan Perak.Asrama SMKA (P) Almashoor berdekatan dengan Sek. Ren. Keb. Francis Light dan Sek. Ren. Keb. Dato' Keramat serta perumahan.

Tuesday, 13 March 2012

SEJARAH SMKA(P)ALMASHOOR






Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor
mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.

Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .

Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.