assalam..

snow

snow ball effact

love sparkling

sparkling

Monday, 28 May 2012

TazKiRaH







AYAT KURSI
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

••► Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..





9 JENIS ANAK SYAITAN
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. ZalituunDuduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WathiinPergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awanMenghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HaffafBerkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. MurrahMerosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. MasuudDuduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DaasimDuduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. WalahaanMenimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LakhuusMerupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

MEMBUAT PAHALA?

cara senang utk dptkan pahala walaupun slps mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .
--> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .
--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kpd org , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu

WARKAH UNTUK HAWA

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.




Lagu Sekolah?




semua mesti nak tahu lagu sekolah Almashoor(P) macam mana kan?tapi ini dapat maksudnya sahaja..asalnya dari bahasa Arab..senang sahaja..dapat menghafal dalam masa seminggu sahaja..hehe..

~LAGU SEKOLAH SMKA(P)ALMASHOOR~*maksud*



Sekolah Al-Mashoor mendaki ketinggian
Dengan keamanan,kebanggaandan kenikmatan
Setiap tahundalam sinaran
Setiap hari dalam kerelaan
Sentiasa terkenal dengan keilmuan yang melangit
Sentiasa berkhimat tanpa halangan


Kepersadaan ia berseru...belia-belia tanah air
Mendaki kesempurnaan tanpa menoleh ke belakang
Siar dan tuntutlah kerana sesungguhnya kejayaan
Akan menjelma
Sesungguhannya kemenangan sudah hampir tiba
Dan hidayah mencari kita

SaMbuTaN HaRi GuRu



dan salam sejahtera..walaupun sekolah kecil,kami tetap adakan sambutan Hari Guru..baiklah untuk tahun 2012,kami menyambutnya dengan tema:- Prince & Princess..Antaranya ialah CINDERELLA,SNOW WHITE,AURORA DAN BELLE.Setiap kumpulan mesti ada Prince & Princess yang menepati tema..Semuanya cantik-cantik belaka.Pada 24-5-2012 dan ganti pada 16-5-2012.

Kumpulan Belle..

Kumpulan Cinderella

Kumpulan Snow White

Kumpulan Aurora

Tidak ketinggalan juga nasyid daripada guru-guru yang berbakat.Ianya merupakan nasihat yang amat berguna dan berjaya disampaikan melalui sebuah lagu..
baiklah,setakat ini sahaja daripada sambutan Hari Guru..Yup,hanya ini sahaja yang dapat diambil walaupun sebenarnya banya lagi aktiviti yang dijalankan iaitu selama dari pukul 8.00-2.30pm..penat lah..baiklah,yang baik daripada Tuhan dan yang buruk daripada diri saya sendiri... Assalamualaikum..


Saturday, 12 May 2012

Ini UnTuK ApA??





Assalamualaikum dan salam ukhuwah..

perasan tak ada banyak blog SMKA(P)ALMASHOOR ni??
ini sebab kami(pelajar) ingin memenuhi keperluan Literasi Komputer(LK),yang diajar oleh cikgu Noor Hafizah.kami dari tingkatan 2 Intisor,SMKA(P)ALMASHOOR serta merupakan pelajar asrama...
terima kasih kerana telah melawat blogger  yang tidak seberapa cantik ini...terimalah..

          assalamualaikum pembuka bicara,
untuk semua saudagar islam,
 terima kasih untuk semua,
        penutup bicara, waalaikumsalam.